Ubi Kayu - Orang Kampong

Bahan-bahan:

1. 2 tongkol (tongkol ke batang ek? lantak lah…) ubi kayu.
2. 2-3 keping daun pandan
3. Garam sesedap dan secukup rasa
4. Gula secukup rasa jugak.
Cara-cara:
1. Kupas kulit ubi kayu dan potong ikut size korang nak.
2. Letak dan susun ubi kayu kat dalam periuk, masukkan daun pandan.
3. Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak melekat periuk sehingga masak. (nie bab aku maleh sket nak kene tunggu dpn periuk tu.)
4. Akhir sekali masukkan garam and gula ikut rasa masa nak makan tuh.
5. Perghh! ! Rasa yang masin manis sehingga menjilat jari.
Sesungguhnya, resipi ni hanya utk orang kampung je….(ahaks! sbb orang bandar mmg xlalu mkn ubi kayu rebus nie)

Malang itu berbau!

Pepatah lama slalu menyebut malang tidak berbau. Tapi, bg aku..malang itu berbau.

Tidak lah seseorang itu rider kalau tidak jatuh moto, dan tidak lah seseorang itu drifter kalau xlanggar divider jejantas! dan tidak lah seseorang itu tukang masak atau chef kalau tak terpotong jari masa nak potong bawak atau apa-apa dan tidak terkena minyak panas!

so camne aku leh kata malang itu berbau? sbb masak aku tgh goreng ikan..bau dah sedap dah! so aku g la tgk kat dapur tu…skali kene minyak panas yg time tu la dia nak meletop! cittt…sakit gak tangan aku.

seb baik la aku nie Certified First Aider (dengan muko poyo). so ape kene buat kalau kene minyak panas nie?

Dalam chapter ke lima Rawatan Terbakar; kalau bahagian badan terkena air/minyak panas atau kebakaran, jgn kelam kabut cari ubat gigi/minyak atar atau apa-apa yang lain. Cuma pergi alirkan air paip selama 15 ke 20minit, dan 90% dari kecederaan terlecur dr kena minyak panas tersebut akan sembuh. 10% tu masih lg terasa sakit, tp sekurang-kurangnya 90% dari sakit dah hilang.

Jap ada sambungan…nak g tgk nasi aku dah masak lom. Jap lg aku sambung kat bawah nie camne leh jd gelembung kat bahagian badan yang terkena minyak panas tu.

Ayam Percik Berlari Pantas

aa…terliur x baca tajuk resipi aku? kalau terliur takpe…kalau rasa nak meludah atau muntah, g kat toilet. hehehee.

Bahan-bahan:

1. 1 sekor ayam yang dipotong 4 (tp aku amek paha je)
2. 1 1/2 cawan santan pekat
3. 2 biji bawang putih
4. 1 biji bawang besar
5. 2 cm halia (sape xde pembaris..boleh g beli satu. aku rekemen korang pakai pembaris besi yang besar tu. sbb bukannye ape…nnt kalau2 kete korang terkunci, leh pakai pembaris besi utk besi tu)
6. 2 batang serai
7. 1 camca kecil ketumbar
8. 1/2 camca kecil jintan putih
9. 1/2 cawan tepung beras
10. sedikit air asam jawa@asam keping
11. cili kering (optional… kalau nak kuah merah..kalau x, guna je sos cili pedas Life!)
12. garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Blend bawang, halia, serai, ketumbar, jintan…pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2. Masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dalam periuk dan masak sehingga ayam agak-agak 3 suku masak dan kuah agak pekat.
3. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. (aku xde oven so korang letak atas tempat grill (bbq) tu pon bley.
5. Hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi…hiaslah ikut selera masing-masing.

p/s: korang percaya ke aku masak ayam percik berlari pantas nie??
kalau korang baca tajuk aku, mesti korang leh dpt clue yang ‘berlari pantas’ tu maksudnye aku beli dengan cpt kat gerai jual tepi jalan area umah aku. ahahahhahahahahaha.
cumanye…resipi (bahan-bahan & cara-cara memasak) tu mmg betol.

Jejari Roti Isterimewa

aa nie satu lg resipi baru. resipi nie ala-ala cam roti telur goreng keemasan jugak. cuma bezanya, kita pakai bahagian tepi roti tu. utk yang ada anak-anak tapi tak suka makan tepi roti tu..leh la guna trick nie. cewahhh….. aku pon blom ada anak. cam tahu-tahu je. kekekee. kawen pon blom lg. ahaks!

Bahan-bahan:
1. 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti) (abes dogol roti aku nie…dan dlm masa yang sama, roti tu leh guna utk masa roti telur goreng keemasan dlm resipi sbln nie..kirenye 2 in 1..jimat!!)
2. 1 biji telur
3. 2 sudu besar susu segar (pilihan, terpulang la korang nak letak ke xnak…aku pon xletak sbb takde plak susu segar. aku xbela lembu dan lagipun, aku belom kawen lagi..so xde la nak perah-perah nie.)
4. sedikit garam
5. gula halus secukupnya
6. mentega/margerin untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Kacau telur sampai sebati. (agak-agak sebati la).
2. Panaskan 2 sudu besar mentega.
3. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
4. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
5. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas. (lagi sedap kalau cicah ngn air teh atau milo panas) p/s: kepada org tertentu yang paham msg nie..sila blajar wat air milo dengan sedap yer!

Air Masak yang sangat susah nak di masak!

haa…nie satu lg resipi istimewa Chef Nasrul. Memasak Air yang susah nak di masak. Kebanyakan orang asik bertanya kat Chef mcmana nak masak air yang sangat sedap!

Bahan-bahan:
1. 1 liter air paip (kalau ada filter, guna air dr filter, bg yg xde filter kat umah, air paip pon taram sajalah)
2. 1 Cerek Air (yg letrik lg bagus…xyah dok p jenguk2 or saiko dok pk bila air tu nak jerang…)
3. Letrik (pastikan bil letrik di bayar dan letrik tak di potong oleh LLN)

Cara-cara:
1. Isi air dari paip sebanyak 1 liter (bley tgk kat meter cerek tu)
2. Plugkan suis cerek dan tekan ON.
3. Biarkan hingga mendidih.

p/s: resipi nie khas kat elah…nnt masak air tu bg betol ek…

Nasi Goreng Sardin Gumbira

Okeh…tgh mlm nie..eh tgh pagi-pagi nie kita masak satu lg resipi istimewa dlm kitab memasak Chef Nasrul Amri. Resipi Nasi Goreng Sardin Gumbira nie di ilhamkan dari Nasi Goreng Sardin kat Pandan Indah yang aku kene bayar RM4.50 sepinggan. tp kali nie…modalnye xde la sampai RM4.50. Even sardin tu aku goreng seekor je dr berekor-ekor yg dlm tin sardin tu. Moralnye… JIMAT dan MURAH dr makan kat luar. lgpon..dah dekat kul 2 pg..xde keje utk kuar cari makanan. masak sendiri sudahh… :D

Jadi..utk memasak Nasi Goreng Sardin Gumbira nie adalah..

Bahan-bahan:
1. 1 pinggan nasi yang telah di masak terlebih dahulu (aku bajet utk aku sorang makan)
2. 1 biji bawang merah.
3. 1 ekor ikan sardin yang di campur ngn perahan air limau nipis utk buang bau hanyir.

Cara-cara:
1. Masak nasi putih.
2. Tumis 2 sudu minyak dengan 1 biji bawang merah
3. Masukkan 1 ekor ikan sardin skali ngn kuah-kuah sardin tu.
4. Goreng agak-agak korang rasa dah cam masak sket.
5. Masukkan nasi dan goreng bersama-sama.
6. Hidang dan makan!!

p/s: utk nasi goreng sardin gumbira nie..aku tambah mayonis…bley tahan gak la rasa dia.

Jadi..selamat memasak kepada anda! Jgn lupa mencuba resipi terbaru chef nie yer. RISIKO ditangan anda!!

Lepas masak nnt, kasi komen sket kat resipi nie. :D

Sehingga berjumpa lg dlm rancangan memasak yg seterusnye.

Roti Telur Goreng Keemasan

Sebenarnye…roti telur goreng nie adalah ROTI pastuh CELUP ngn TELUR dan di GORENG. :D

Bahan-Bahan:
1. Roti (Roti Gardenia la sbb Roti Hi-5 x halal dan ikut la brape byk korang nak makan..)
2. 1 Biji Telur
3. Garam / Serbuk Perasa

Cara-Cara:
1. Pecahkan telur dan campurkan sedikit serbuk perasa / garam.
2. Kacau telur dlm mangkuk(macam nak buat telur dadar tu).
3. Celup bahagian atas dan bawah roti dengan telur (jgn rendam pulak…)
4. Goreng.

p/s: sangat sedap bila hidangkan roti telur goreng dengan mayonis dan sos cili. :D
selamat memasak!!

Cucur Jagung Ketulan Emas

Bahan-bahan
1. 3 tongkol jagung (jagung manis pon boleh)
2. 1 cawan tepung gandum
3. 1 biji bawang besar (dadu)
4. 3 sudu besar gula
5. 1/2 sudu kecil garam
6. 1 biji cili merah (racik)
7. cili/cabai kering yg di blander

Cara-cara:
1. Ambil isi jangung (seperti nak buat bubur jagung)
2. Campur jagung, tepung, kunyit, serbuk perasa, sedikit gula, cili kering (yang di blander) dan cili merah.
3. Bancuh dengan air suam sehingga agak lembut.
4. Gorengkan dalam minyak yang banyak seperti menggoreng cekodok pisang

Ikan Temenung / Kembong Goreng (Dream)

Menu yang lagi mudah nak disediakan…..kecuali bab bersihkan ikan tu. (aku agak geli sket…sbb 1st time gak..kalau boleh, suruh org jual tu siangkan/bersihkan ikan tu siap-siap)

Bahan-bahan:
1. 1 ekor ikan temenung
2. Kunyit
3. Limau nipis

Cara-cara:
1. Rendam ikan temenung dengan air perahan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Cuci ikan tersebut hingga bersih.
3. Gaulkan ikan dengan kunyit dan letak sedikit garam.
4. Goreng hingga masak.
5. Hidangkan.

Maggi Goreng IM Special

Maggi..

Lagi-lagi maggi…student-student Uni mesti dah biasa sangat dgn masakan maggi nie. mcm2 jenis dan cara masak diaorg tahu.

Cuma, resipi maggi goreng saya lg istimewa!!

Bahan-bahan:

1. 1 pek maggi
2. 1 biji telur ayam
3. Sos Cili
4. Kicap
5. Bawang putih dan bawang merah yang di hiris atau di tumbuk.

Cara-cara:
1. Panaskan air dan rendam maggi hingga lembut.
2. ‘Toas’kan maggi dan campurkan serbuk perasa maggi dengan sos cili dan kicap. (Gaul hingga sebati)
3. Panaskan 2 sudu minyak di dalam kuali dan masukkan maggi yang telah di gaul tadi.
4. Goreng selama 2 hingga 3 minit.
5. Pecahkan telur dan campurkan bersama maggi tersebut.

Next Page »